• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Pencapaian GLC Bantu Melayu, Bumiputera?

oleh Ahmad Albab
29/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pentas perbahasan Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi mendengar keluhan berhubung peranan dan inisiatif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam membantu golongan profesional serta usahawan Melayu dan Bumiputera.

Seorang perwakilan Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin hari ini mempersoalkan sejauh manakah pencapaian GLC, yang berperanan penting dalam menjayakan agenda meningkatkan taraf sosio-ekonomi bumiputera, membentangkan kad laporan tahunan dalam usaha memacu pemerkasaan golongan berkenaan.

“Kedah mencadangkan GLC seperti UDA (Lembaga Pembangunan Bandar) setiap tahun buat ‘report card’ berapa ramai bumiputera yang dibimbing dan dimajukan,” katanya semasa membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau menarik perhatian umum bahawa masalah kemiskinan di kalangan Melayu termasuk pengangguran di kalangan siswazah masih membelenggu golongan itu dan menurutnya, 47 peratus daripada siswazah masih tidak bekerja bagi tempoh 2008 hingga 2012.

Isu berhubung peranan GLC yang dibangkitkan dalam beberapa perhimpunan sebelum ini, mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika menggulung perbahasan pada Disember tahun lepas, memberi jaminan akan sentiasa memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ketua pegawai eksekutif GLC dalam menjayakan Agenda Pemerkasaan Bumiputera.

Abdullah Hasnan turut membangkitkan aspek penabungan simpanan orang Melayu dan bumiputera seperti dalam Tabung Haji dan pemilikan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang masih rendah di kalangan mereka.

“Kedah juga mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat sehenti di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi mengkaji kaedah membantu membasmi kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, wakil Mahasiswa Nasional Muhammad Nazim Abdul Malek mencadangkan penglibatan tokoh korporat Melayu dan bumiputera dalam program ‘Mentor-Mentee’ untuk memberi bimbingan kepada usahawan muda.

Beliau juga mengajak masyarakat bumiputera untuk sama-sama memberi sokongan kepada perniagaan yang dibangunkan golongan itu.

“Dalam memperkasakan ekonomi bumiputera, masyarakat kita sendiri bantulah usahawan bumiputera. Kita lihat senario, ada dua kedai. Kedai bangsa kita mahal, kedai bangsa lain murah… belilah di kedai bangsa kita.

“Kalau tak buat, siapa nak bantu bumiputera. Kita kena tunjuk semangat solidariti untuk menjayakan jihad ekonomi,” katanya disambut tepukan daripada perwakilan di dalam dewan. – BERNAMA

Tags: GLCPAU14
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

02/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menawarkan jawatan badan berkanun kepada bekas ADUN Skudai, Marina Ibrahim, bukan...

‘A,B,C,D,GLC’ Jadi Bahan Sindiran Menjelang PRN Johor

‘A,B,C,D,GLC’ Jadi Bahan Sindiran Menjelang PRN Johor

02/06/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP berdepan gelombang sindiran baharu di media sosial apabila frasa 'A,B,C,D,GLC' menjadi bahan jenaka orang ramai susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd