• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Dibayar Cuma AS$100 Bunuh Jong-nam

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong-un dilaporkan dibayar cuma AS$100 (RM445.80) untuk melakukan serangan yang dia sangka hanyalah satu “prank”.

Selepas polis Malaysia menahan suspek ketiga kematian Kim Jong-nam, satu pendedahan telah dilakukan apabila kedua-dua suspek wanita dan empat lelaki itu dikatakan tidak mengenali satu sama lain sebelum dipertemukan untuk melakukan misi serangan tersebut.

Menurut laporan akhbar The Telegraph di Britain, seorang sumber daripada bidang keselamatan mendedahkan bahawa kesemua suspek tinggal di Kuala Lumpur dan direkrut oleh ejen perkhidmatan rahsia.

Dean Thi Huong, 28, daripada Nam Dinh, Vietnam, telah ditahan pagi Rabu lalu di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2), Sepang di mana Jong-nam diserang.

Manakala seorang lagi wanita asing iaitu rakyat Indonesia, Siti Aishah telah dibawa ke tahanan selepas dicekup polis pada awal pagi Khamis juga di Klia2.

Suspek ketiga pula, yang dipercayai merupakan teman lelaki Aishah, berjaya ditahan dan dipercayai tidak terlibat dalam kes itu tetapi telah memberikan maklumat tentang penahanan teman wanitanya, lapor The Telegraph.

Menurut laporan portal berita Indonesia, Kumpuran, Aishah telah didatangi oleh seseorang di kelab malam tempat dia bekerja di Kuala Lumpur dan telah ditawarkan AS$100 untuk melakukan rancangan tersebut.

Pergerakan suspek wanita pertama dirakamkan melalui kamera litar tertutup Klia2. – Sumber gambar: AAP

Namun seperti Doan, dia memberitahu pihak polis bahawa dia menyangka rancangan itu hanyalah satu prank dan dia tidak tahu siapa sebenarnya Kim Jong-nam. Laporan itu masih belum disahkan setakat artikel ini ditulis.

Seterusnya, menurut Kumpuran, Aishah turut menyangka suspek yang lain itu merupakan sebahagian daripada krew penggambaran yang terlibat dalam rancangan realiti tersebut.

Difahamkan Aishah merupakan janda anak satu yang bekerja sebagai pembantu rumah di Jakarta sebelum berpindah ke Malaysia.

Sementara itu, Kementerian Luar Indonesia di Jakarta telah mengesahkan penahanan seorang rakyatnya berhubung kematian Jong-nam.

Keputusan bedah siasat jenazah Jong-nam akan memakan masa sehingga seminggu untuk diumumkan dan akan membuktikan tanpa keraguan lagi jika benar dia diracun.

Jenazah Jong-nam akan berada di bawah perlindungan pihak berkuasa Malaysia sehingga proses autopsi selesai.

Sementara itu, seorang sumber yang dekat dengan proses bedah siasat di Hospital Kuala lumpur (HKL) mendedahkan bahawa tiada kesan tikaman di badan atau muka Jong-na.

Ini sekali gus membuatkan laporan-laporan terdahulu mengenai kebarangkalian konon mangsa disuntik dengan jarum beracun menjadi tipis.

Isnin lepas, Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara itu berada di Klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menerkup kepala dengan kain mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC/SK

 

Tags: Kim Jong-Nampembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

08/12/2023
0

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd