Tran Thi Yen Nhung bercita-cita untuk menjadi seorang artis namun impian berkenaan tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan akibat sinus.
Tran, 28, yang berasal dari Vietnam menghidap penyakit berkenaan selama tiga tahun sebelum meninggal dunia pada Disember tahun lepas.
Keluarganya telah membelanjakan hampir RM1 juta ringgit bagi rawatan Tran namun sinus yang dialaminya semakin teruk hinggakan ia memakan hidung dan mukanya.

Keadaan itu mengakibatkan Tran tidak boleh makan atau tidur dan mukanya juga turut dihurung lalat.
Pakar sinus percaya penyakit yang dialami oleh Tran itu adalah disebabkan oleh jangkitan kulat.
Tran juga menderita selama setahun sebelum pembedahan dilakukan termasuk membuang daging mukanya namun penyakit tersebut tidak beransur pulih.
Rawatan terapi yang dilaluinya juga tidak memulihkan Tran.
Ia menyebabkan wang yang ada semua dibelanjakan untuk rawatannya.
Akhirnya pada 27 Disember lalu, Tran meninggal dunia dalam keadaan tragik. -MYNEWSHUB.CC

