• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sasaran Jaclyn Victor, Suami Dapat Anak

oleh Ahmad Albab
29/11/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Jaclyn Victor tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendapatkan cahaya mata bersama suaminya, Shawn Rivera ekoran mereka tinggal berjauhan buat masa ini.

Jaclyn, 35, berkata, dia tidak mahu berasa tertekan memikirkan soal berkenaan kerana dia terbuka tentang soal itu selain menyerahkan rezeki kepada Tuhan.

“Kami tidak merancang atau meletakkan sasaran tertentu untuk menimang cahaya mata kerana perkara ini terpulang kepada rezeki.

“Tetapi kami suami-isteri sememangnya mahukan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Jaclyn berkahwin dengan Shawn, 40, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun penyanyi lagu Gemilang itu hanya mendedahkan perkahwinannya kepada umum dalam satu sidang media yang diadakan Istana Budaya pada 12 Ogos lalu.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana dia mengekalkan hubungan dengan suaminya yang kini berada Amerika, Jaclyn berkata, komunikasi adalah kunci utama dalam hubungan mereka.

Malah kata Jaclyn, selama ini mereka berhubung menerusi telefon hampir setiap hari dan cara itu masih digunakan selepas mereka berkahwin.

“Komunikasi adalah elemen paling penting dalam sesuatu hubungan dan kami sentiasa berbual di telefon untuk berkongsi pelbagai perkara biarpun kami sibuk dengan tugas masing-masing.

“Saya juga bertuah kerana suami memahami kerjaya saya memandangkan dia juga seorang penyanyi dan kami sangat menyokong di antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan sambutan Hari Krismas pertama pada 25 Disember depan sejak bergelar isteri, Jaclyn memberitahu Shawn akan pulang ke Malaysia bagi menyambut perayaan itu bersama-sama keluarganya di sini.

Bagaimanapun kata Jaclyn, dia tidak mempunyai sebarang perancangan tertentu pada hari tersebut sebaliknya akan menggunakan masa berkualiti untuk bersama suaminya.

Dalam perkembangan lain, bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu baharu sahaja melancarkan album sulung berbahasa Inggerisnya berjudul Unleashed dibawah label KRU Music. – mStar Online

Tags: penyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd