• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ujian Makmal H1N1 Bakal Diketahui

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Keputusan hasil ujian makmal ke atas dua pelajar sebuah sekolah di sini yang disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) dijangka diketahui dalam satu atau dua hari lagi.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin berkata dua pelajar itu menunjukkan reaksi positif dan sedang dikuarantin di rumah masing-masing.

“Kita telah memberi suntikan vaksin pada semua pelajar sekolah berkenaan dan setakat yang dimaklumkan hanya mereka berdua sahaja yang disyaki menghidap H1N1,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi pemasangan bahan penebat haba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Molek di sini.

Pada 10 Feb lepas, akhbar melaporkan dua murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tengkera 2 di sini disyaki menghidap H1N1 selepas mengalami batuk dan demam.

Md Yunos berkata sehingga kini tiada kes terbaru berkaitan virus berkenaan dilaporkan dan ibu bapa tidak perlu risau serta diminta tetap menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan seperti biasa.

Sementara itu, beliau berkata bangunan atau premis pejabat di negeri ini digalakkan memasang penebat haba sebagai langkah ke arah merealisasikan amalan hijau secara menyeluruh di negeri tersebut.

“Banyak kebaikan pemasangan penebat haba ini kerana ia bukan hanya dapat menjimatkan penggunaan elektrik, sekali gus mengurangkan perbelanjaan malah dapat menurunkan kadar kepanasan global,” katanya.

Menurut Md Yunos, pemasangan penebat haba di bangunan sekolah juga merupakan satu langkah positif mendidik pelajar agar tidak terlalu bergantung pada tenaga elektrik dalam kehidupan harian mereka.

Beliau berkata sehingga kini dua sekolah iaitu SMK Air Molek dan SMK Ade Putra di Masjid Tanah di sini telah melaksanakan pemasangan penebat haba di satu bangunan sekolah mereka menerusi program CSR Syarikat Rockwool Malaysia Sdn Bhd dengan kos keseluruhan RM60,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Md Yunos HusinH1N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

22/01/2020
0

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd