• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Jurutera Kanan JKR Dituduh Ambil Rasuah

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah hari ini atas lima pertuduhan salah guna kuasa, meminta dan menerima rasuah RM105,000 pada tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, tertuduh, Ishak Ismail, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan keatasnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Menurut SPRM, Ishak didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan meminta serta menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan untuk memastikan kontraktor berkenaan berjaya ditawarkan projek kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan dalam projek-projek di daerah Sik.

“Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah meminta suapan RM55,000 daripada kontraktor tersebut menerusi panggilan sebagai dorongan bagi memastikan projek kerja-kerja penebangan pokok dan kerja-kerja penyelenggaraan penghadang jalan diberikan kepada kontraktor terbabit menerusi mesyuarat jawatankuasa sebut harga.

“Untuk pertuduhan kedua, Ishak didakwa telah meminta RM20,000 daripada kontraktor yang sama di hadapan Hotel Park Avenue, Sungai Petani sebagai dorongan agar mesyuarat jawatankuasa sebut harga meluluskan projek kerja-kerja penebangan pokok dan mengorek keluar akar diberi kepada kontraktor tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima suapan RM75,000 daripada kontraktor berkenaan di kediamannya sebagai dorongan bagi memastikan projek kerja-kerja penebangan pokok, kerja-kerja mengorek keluar akar dan kerja-kerja penyelenggaraan penghadang jalan diberikan kepada kontraktor berkenaan menerusi mesyuarat jawatankuasa sebut harga.

Tambah SPRM, bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa meminta suapan RM30,000 daripada kontraktor itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai dorongan supaya mesyuarat jawatankuasa sebut harga meluluskan projek kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil cerun kepada kontraktor terbabit.

“Bagi pertuduhan kelima, Ishak didakwa telah menerima suapan sebanyak RM30,000 daripada kontraktor berkenaan di kediamannya sebagai dorongan bagi memastikan projek kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil cerun diberikan kepada kontraktor itu menerusi mesyuarat jawatankuasa sebut harga,” kata kenyataan itu.

Jelas SPRM, kesemua kesalahan tersebut dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama. Bagi Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 24(1) ASPRM 2009, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda
daripada nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi.

“Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan semula kes. Bagi pihak SPRM, kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A.Hafiizh Abu Bakar,” kata SPRM. -MYNEWSHUB.CC

Tags: JKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd