• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lubang Tembok Jadi ‘Rumah’ Lelaki Ini

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Afrika Selatan dari bandar King William’s di Eastern Cape, menjadikan lubang pada sebuah tembok di bandar raya Johannesburg sebagai rumahnya.

Mayenzeke Shiyani, 45, menjadikan lubang yang terletak di Commissioner Street berhadapan dengan Balai Polis Pusat Johannesburg itu sebagai kediamannya sejak berpindah ke bandar itu dua bulan lalu.

Meskipun hidup sebagai gelandangan dan menjadi perhatian orang awam yang lalu lalang di situ, namun Shiyani tidak mengendahkannya dan apa yang penting baginya dia selesa dengan keadaan itu.

Shiyani banyak menghabiskan masa berbaring di dalam lubang itu dengan beralaskan selimut berwarna kuning dan hanya keluar dari situ untuk mandi, membeli makanan atau mendengar radio.

“Saya bangun pada pukul 2 petang untuk mandi dan mengambil air minuman, pada pukul 3 pula saya pergi membeli makanan sambil mendengar radio sebelum pulang ke ‘kediaman’ saya pada pukul 6 petang,” katanya dipetik Harian Metro.

Difahamkan Shiyani tidak memiliki banyak barang, sekadar jam tangan digital, beg galas dan buku pengenalan diri yang mengandungi gambarnya serta satu poster.

Ditanya mengapa ia meninggalkan kampung halamannya, Shiyani tidak dapat memberikan sebarang alasan namun hanya memberitahu bahawa dia seorang yang berpengaruh dalam kalangan puaknya dan mendakwa dirinya ‘pemimpin pasukan tentera.’

Menurut laman tempatan negara itu, disebabkan oleh kadar pengangguran yang tinggi di negara itu iaitu sebanyak 25 peratus telah menyebabkan ramai rakyatnya tidak mampu untuk memiliki tempat tinggal dan hidup sebagai gelandangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afrikatemboktinggal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Tiga Pelajar Maut Tembok Runtuh Di Jakarta Selatan

Tiga Pelajar Maut Tembok Runtuh Di Jakarta Selatan

07/10/2022
0

JAKARTA - Tiga pelajar maut manakala dua lagi cedera selepas tembok sempadan sebuah sekolah runtuh di Cilandak, Jakarta Selatan akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd