• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Serik Berumah Tangga, Akui Rapat Dgn Seseorang

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAGAL menerusi perkahwinan pertamanya, itu bukan bermakna pelakon Izreen Azminda takut untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Memberi peluang kepada hatinya, Izreen, 32, akui sudah sedia bergelar isteri dan dia kini mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang sejak setahun lalu.

Dia bagaimana pun, memilih enggan mengulas lanjut perihal hubungan itu kerana masih belum ada kata putus.

Jelasnya, lelaki itu bukan daripada pengiat industri hiburan dan masih bujang.

“Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya.

“Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi.

“Sekarang bukanlah masanya untuk saya uar-uarkan siapa sebenarnya dia. Tapi yang pasti dia bukan pelakon atau penyanyi…dia hanya orang biasa yang ada kerjaya.

“Saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar, 4.

Dalam perkembangan lain, Izreen baru sahaja dilantik sebagai duta produk kecantikan Meeracle Gemstone. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: izreen azmindapelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd