• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Pembangkang Hanya Muncul Sekejap Pekan Lundu

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Hari ke-12 kempen pilihan raya kecil Tanjong Datu hari ini menyaksikan jentera Barisan Nasional (BN) memperhebatkan usaha memikat pengundi, namun yang sebaliknya berlaku bagi pihak lawan apabila sekadar membuat kemunculan sekejap di pekan Lundu.

Calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rafelson Richard Hamit dilihat membuat kunjungan ke premis-premis perniagaan sementara calon Parti Reformasi Negeri (Star), Johnny Aput pula bersama sekumpulan penyokong di sebuah kedai kopi selepas menyertai sidang media oleh Presiden parti Lina Soo di sebuah restoran makanan segera.

Pada sidang media itu, Lina mengakui mustahil untuk calon partinya menang pilihan raya kecil tersebut, namun mendakwa mereka berjaya memainkan peranan sebagai pembangkang apabila kerajaan mengumumkan projek bernilai RM1.5 bilion di kawasan berkenaan.

Sekalipun pemerhati politik berpandangan dua calon pembangkang itu akan mengalami kekalahan teruk, kedua-dua calon PBDS Baru dan Star yakin mereka tidak akan hilang wang deposit pilihan raya.

Merujuk kepada prestasinya pada pilihan raya negeri bagi kawasan Gedong tahun lalu, Rafelson berkata walaupun tewas, beliau berjaya mendapatkan semula depositnya.

Pada pilihan raya kecil ini, BN meletakkan harapan pada Datuk Amar Jamilah Anu untuk mempertahankan kerusi yang disandang arwah suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Hari pengundian ditetapkan pada 18 Februari ini melibatkan 9,959 pengundi.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas, Adenan mempertahankan kerusi itu apabila meraih 6,360 undi berbanding calon lawan daripada Parti Keadilan Rakyat Zolkipli Numan yang hanya menerima 468 undi. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd