• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Akan Diwarta Kawasan Penyakit ‘Brusella Abortus’

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negeri Sembilan akan diwartakan sebagai kawasan penyakit ‘Brusella Abortus’ yang menyebabkan lembu dan kerbau yang dijangkiti mengalami keguguran, kemandulan dan boleh menyebabkan kematian, selepas tiga kes dikesan di negeri ini.

Penyakit itu juga boleh menjangkiti manusia, sekiranya daging yang telah dijangkiti penyakit itu, dimakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pewartaan itu bagi membolehkan Jabatan Veterinar menjalankan pemeriksaan di seluruh ladang ternakan dalam usaha mengelakkan penyakit itu merebak sekaligus memudahkan proses bayaran pampasan kepada penternak yang terkesan.

“Setakat ini kita telah kesan dua tiga kes di negeri ini yang mana penyakit ini dibawa oleh ternakan (lembu/kerbau) import dan kemudiannya menyerang lembu tempatan. Jadi dalam masa dua ke tiga hari ini kita akan wartakan dan Jabatan Veterinar akan adakan pemeriksaan ke ladang-ladang ternakan untuk ambil sampel darah.

“Ternakan yang dikesan ada penyakit ini, kita akan lupuskan serta-merta manakala penternak pula akan diberi pampasan mengikut jumlah ternakan yang terpaksa dihapuskan mengikut harga pasaran semasa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohamad berkata pewartaan itu dibuat mengikut Akta Binatang 1953 dan sekiranya langkah itu tidak diambil, ia akan menyukarkan Jabatan Veterinar menjalankan tugas manakala penternak pula tidak dapat diberi pampasan.

“Lebih baik kita laksanakan segera pewartaan ini kerana kita mahu bendung segera walaupun ia baru dikesan kerana kalau sudah merebak nanti lagi susah untuk dikawal,” katanya.

Beliau berkata para penternak pula tidak boleh ingkar sekiranya Jabatan Veterinar mengesan ternakan mereka dijangkiti dan perlu dilupuskan.

“Kita tidak mahu jadi kes seperti di Mantin satu ketika dahulu, yang mana penternak dapat lembu susu berpenyakit dan seluruh lembu ternakannya mati,” katanya.

Mohamad turut menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penyakit ini kerana usaha membendung penularannya sedang dilakukan. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd