• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Umum Blok Asrama Baharu Untuk SMA Maran

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembinaan bangunan baharu empat tingkat bernilai kira-kira RM4.5 juta sebagai asrama pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama Maran di sini.

Katanya bangunan itu yang akan dibina oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi menggantikan blok asrama yang terbakar pada 7 Feb lalu serta sebuah lagi blok asrama yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

“Pembinaan akan dilakukan dalam masa terdekat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya semasa berucap selepas meninjau keadaan blok asrama yang terbakar itu hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Pada majlis itu Ismail menyampaikan sumbangan kementeriannya berjumlah RM10,000 kepada sekolah agama berkenaan bagi membantu meringankan beban pihak pentadbiran sekolah susulan tragedi tersebut.

Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi ECER Pahang dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang, berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang turut menyampaikan bantuan sekali gus RM1,000 seorang kepada 73 pelajar perempuan yang terjejas.

Dalam pada itu, Pengetua sekolah Shamsuri Shamsudin yang berterima kasih kepada kerajaan negeri dan ECERDC, berkata buat masa ini 73 pelajar terbabit tinggal di kuarters pengetua dan staf yang terletak di dalam kawasan sekolah.

“Saya dan staf tersebut memang tidak tinggal di situ kerana ada rumah sendiri di luar dan kami berulang-alik,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 127 pelajar perempuan dan 84 pelajar lelaki tinggal di asrama sekolah berkenaan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd