• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kunak Rampas 12 Ekor Ayam Sabung

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Polis merampas 12 ekor ayam sabung hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kunak Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata turut dirampas dalam serbuan pada 11 pagi melalui Op Dadu adalah peralatan yang dipercayai digunakan untuk judi sabung ayam.

“Lima sangkar besi ayam, segulung pagar getah dipercayai untuk kegunaan gelanggang sabung ayam, satu kapet merah dan hitam, satu incubator, satu enimbang berat dan peti berisi ubat-ubatan dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua barangan dan peralatan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya pemeriksaan lanjut ke atas rumah itu mendapati ia tidak berpenghuni dan disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian sabung ayam.

Sementara itu, dalam Operasi Bersepadu di Kampung Pangi Hujung hari ini, seorang lelaki berumur 40-an dipercayai warga Filipina ditahan kerana tiada dokumen diri.

Seramai 137 penduduk diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Turut dijumpai di kawasan hutan bakau berhampiran kampung air berkenaan ialah satu karung guni berisi empat biji detonator berkarat, tali sumbu sepanjang satu kaki, satu botol kosong dan dua botol berisi baja Ammonia yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan,” katanya.

Mohd Nasaruddin berkata tangkapan dan hasil rampasan itu dibawa ke IPD Kunak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Selain anggota polis, Operasi Bersepadu itu yang melibatkan 44 pegawai dan anggota turut disertai anggota Angkatan Pertahananan Awam Malaysia dan Jabatan Relawan Malaysia. – BERNAMA

Tags: sabung ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

09/10/2022
0

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti sabung ayam, semalam. Ikuti...

Judi Sabung Ayam: Polis Tahan 76 Lelaki Di Kuala Ketil

18/02/2018
0

ALOR SETAR - Polis menahan 76 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi sabung ayam serta merampas sejumlah wang tunai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd