• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Judi Sabung Ayam: Polis Tahan 76 Lelaki Di Kuala Ketil

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan 76 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi sabung ayam serta merampas sejumlah wang tunai hampir RM140,000 dalam Op Limau di kebun kelapa sawit Tanah Licin, Kuala Ketil dekat Baling.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua lelaki berumur antara 17 hingga 65 tahun itu ditahan sepasukan polis dalam serbuan bermula 7.45 malam hingga kira-kira 4 pagi tadi.

Beliau berkata dua daripada 76 lelaki itu mengalami kecederaan dalam operasi selepas terjatuh ke dalam tebing tepi sungai berdekatan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap polis dengan masing-masing cedera pada bahagian bahu dan kepala.

“Dua lelaki ini kini berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani…tebing agak dalam juga kerana mereka bertempiaran lari dalam (keadaan) gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata antara barangan lain yang turut dirampas polis ialah 41 ekor ayam sabung sabung serta pelbagai peralatan sabung ayam seperti taji ayam, ubat-ubatan ayam, khemah dan kelambu ayam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953.

Katanya tujuh pegawai dan 20 anggota polis daripada Bahagian D7 dan D9, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Baling terlibat dalam operasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: sabung ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

09/10/2022
0

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti sabung ayam, semalam. Ikuti...

Polis Bongkar Kegiatan Sabung Ayam Di Miri

08/01/2018
0

MIRI - Polis membongkar kegiatan sabung ayam haram apabila 37 kaki judi ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd