• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Jamal Akan Diputuskan MT UMNO

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kedudukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berdasarkan pendirian UMNO Selangor, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sekalipun UMNO Selangor telah memutuskan perkara itu, isu peletakan jawatan Jamal selaku Ketua Bahagian Sungai Besar dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar masih perlu dibincangkan oleh MT.

“Keputusan sama ada peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar diterima atau ditolak terserah kepada pendirian mereka,” kata Menteri Pertahanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian hak milik Felcra Sungai Jebong, Mukim Kahang kepada 333 pemohon oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan di Parlimen Sembrong selain meluluskan peruntukan berjumlah RM26 juta bagi pembangunan di parlimen berkenaan.

Semalam, UMNO Selangor dilaporkan sebulat suara menolak peletakan jawatan Jamal sebagai Ketua Bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata keputusan itu diambil selepas menilai sumbangan Jamal terhadap kelangsungan parti terbabit, terutamanya semasa pilihan raya kecil Sungai Besar, Jun lepas.

Kata Noh keputusan UMNO Selangor itu akan dikemukakan kepada MT parti untuk dipertimbangkan dan sebarang kata akhir mengenai hal tersebut tetap bergantung kepada majlis berkenaan.

Sebelum ini, Jamal dilaporkan nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan terbabit kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas.

Sementara itu, mengenai lawatan dan peruntukan yang diluluskan Mohamed Khaled, Hishammuddin berkata ia membuktikan tindakan proaktif kerajaan negeri dalam menyelesaikan keperluan rakyat.

Peruntukan RM26 juta itu akan disalurkan bagi pembinaan sekolah agama bernilai RM8.4 juta di Taman Seri Lambak dan Paloh, menaik taraf dewan dan balai raya (RM850,000), menaik taraf jalan raya (RM10 juta), masjid dan surau (RM160,000) serta pembentung untuk kawasan banjir (RM700,000). – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md YunosUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd