• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tok Nan Rayu Sokongan Pengundi Kaum Iban

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan yang sama kepada ibunya Datuk Amar Jamilah Anu seperti mana mereka menyokong arwah bapanya dulu.

Azizul Annuar berkata ibunya tahu apa yang diingini masyarakat Lundu dan berjanji akan meneruskan perjuangan Allahyarham Adenan di Tanjong Datu sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu pada 18 Feb nanti.

“Ibu saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sebelum ini memberi sokongan padu kepada arwah bapa saya dan ibu mengharapkan sokongan yang sama daripada anda semua,” katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Sungai Limo di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Azizul Annuar berharap kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menyelesaikan masalah tanah Hak Adat Bumiputera penduduk Iban di kawasan itu secepat mungkin.

Pada pilihan raya kecil Tanjong Datu ini, Jamilah yang cuba mempertahankan kerusi Allahyarham suaminya bagi Barisan Nasional ditentang calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri Johnny Aput. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Tan Sri Adenan SatemIbanPRK Tanjong Datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Legasi Kepimpinan Adenan Di Tanjong Datu Diteruskan

15/05/2017
0

KUCHING - Legasi kepimpinan cemerlang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu akan diteruskan...

Kumpulan Zero Mohon Maaf Pakai Baju Tradisional Iban

23/02/2017
0

MENYEDARI kesilapan mereka pada minggu pertama pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017), kumpulan pelawak terkenal Zero dengan rendah diri tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd