Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wajarkah Kit Siang Diberi...

Kita tidak pasti mengapa Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengesyorkan Malaysia...

KR1M 2.0: Kerajaan Serap...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyerap kos pengangkutan barangan yang dijual di bawah inisiatif...

Dakwa Negara Barat Guna...

BEKAS pemimpin tentera Iran mendakwa bahawa negara barat menggunakan mengkarung untuk menarik gelombang...

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari...

Kumpulan Zero Mohon Maaf Pakai Baju Tradisional Iban

MENYEDARI kesilapan mereka pada minggu pertama pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017), kumpulan pelawak terkenal Zero dengan rendah diri tampil terbuka membuat permohonan maaf.

Ia khususnya ditujukan kepada masyarakat Iban yang terhiris hati berikutan isu penyalahgunaan pakaian tradional etnik Dayak Sarawak yang dikenali sebagai ‘Ngepan Indu’.

Baca: Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

Kumpulan Zero yang dianggotai tiga adik-beradik iaitu Atu, Sharif dan Syaiful membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagram masing-masing.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, Sharif memberitahu, mereka sejujurnya tidak berniat untuk mempersendakan pakaian etnik kaum iban.

Kumpulan Zero Mohon Maaf Pakai Baju Tradisional Iban

“Sejujurnya kami tidak terlintas langsung untuk mempermainkan atau mempersedakan suku kaum etnik Sarawak dan kami amat berharap agak kami dapat dimaafkan.

“Insha-Allah perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi,” katanya.


Sementara itu, Atu pula menambah berjanji akan lebih berhati-hati dan peka terhadap persembahan mereka selepas ini.

“Kami akan jadikan perkara ini pengajaran dan diharap untuk minggu-minggu akan datang tidak akan berlaku lagi perkara yang sama,” katanya.

Terdahulu, masyarakat dayak Iban khususnya dikatakan mengecam tindakan kumpulan Zero mengenakan baju tadisional, ‘Ngepan Indu’.

Ini kerana, Ngepan Indu tidak boleh dipakai sesuka hati dan ianya pakaian tradisi khusus untuk kaum wanita.

Susulan itu, mereka menuntut kumpulan kumpulan Zero memohon maaf agar kesalahan penggunaan pakaian tesebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori