• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Gara-gara mahu kelihatan cantik, seorang remaja dari Victoria, England nyaris buta selepas mewarnakan bulu mata dan keningnya sendiri.

Tylah Durie, 16, tidak menyedari dia mempunyai alergi terhadap salah satu bahan dalam pewarna tersebut iaitu Paraphenylenediamine (PPD) dan mengakui tidak melakukan ujian alahan sebelum menggunakannya.

Dailymail melaporkan, tindak balas pewarna tersebut dapat dirasainya selepas 30 minit mewarnakan bulu mata dan keningnya.

Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

“Mata saya besar seperti belon apabila bangun dan hampir buta akibat reaksi bahan pewarna itu.

“Ia seperti ada pasir di dalam mata dan ada pisau di kening,” katanya yang menjerit dan menangis selepas melihat perubahan jelik di wajahnya.

Jelasnya, tanda awal yang dialaminya adalah gatal dan terbakar di bahagian mata dan kening.

Tylah dibawa ke hospital dan doktor mendapati bola matanya terbakar akibat bahan kimia di dalam pewarna tersebut serta diberi amaran untuk tidak menggunakan produk yang sama lagi.

Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

“Saya dimasukkan ke hospital dan doktor memberitahu saya mempunyai reaksi alergi yang sangat luar biasa yang boleh menyebabkan hilang penglihatan,” katanya.

Katanya, dia hanya mahu membuat bulu mata dan keningnya kelihatan lebih gelap dan dia kini trauma dengan kejadian yang hampir membuatkannya buta seumur hidup pada usia muda.

Sementara itu, jurucakap Chemcorp Pty. Ltd. yang menghasilkan pewarna tersebut, Jodie Phillips berkata, PPD adalah bahan yang biasa digunakan dalam pewarna rambut.

“Umum mengetahui ada sesetengah pengguna yang tidak sesuai dengan bahan itu dan ada yang tidak serasi dengan kulit mereka.

“Ini adalah bahan sama yang digunakan dalam kosmetik tetapi ditambah dengan pewarna,” katanya.

Menurutnya, semua produk pewarna sudah jelas memberi arahan supaya pengguna untuk melakukan ujian sebelum digunakan terutamanya di kawasan sensitif seperti bulu mata dan kening.

Remaja Nyaris Buta Akibat Pewarna Rambut

“Kami menasihatkan pengguna untuk melakukan ujian sensitiviti kulit selama 48 jam bagi setiap produk sebelum digunakan,” katanya.

Jodie menjelaskan, pihaknya sebelum ini tidak pernah menerima laporan mengenai pelanggan yang menerima rawatan di hospital selepas menggunakan produk mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berita luar negarabutaRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

23/03/2025
0

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd