• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Dipenjara, Didenda Miliki Mercun

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Padah membawa mercun ketika menonton perlawanan bola sepak Liga Super, Pulau Pinang menentang Sarawak Sabtu lepas, dua lelaki masing-masing dipenjara empat hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki mercun.

Majistret Shamsol Azwa Martadza turut memerintahkan pekerja kilang Mohd Afizal Mohd Aziz, 22, dan nelayan Muhamad Khairi Mat Yusoff, 28, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh dipenjara empat hari bermula dari tarikh mereka ditangkap 11 Feb lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Afizal didakwa memiliki dua bungkus mercun yang berisi 12 biji mercun naga di Stadium Batu Kawan di sini pada 8.45 malam, 11 Feb lalu.

Muhamad Khairi pula didakwa memiliki empat biji mercun bola di stadium tersebut pada 11 malam, tarikh sama.

Mereka yang baru dihadapkan ke mahkamah hari ini didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Foo Siew Pheng dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon denda terhadap tertuduh dikurangkan kerana Mohd Afizal dan Muhamad Khairi telah menginsafi perbuatan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd