• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Maggi ‘Anak Dara Pemalas’ Dikritik Netizen

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IKLAN terbaharu daripada produk mi segera Maggi yang menampilkan watak dua beradik kembar perempuan, Dina dan Dini dikecam kerana seolah-olah mempromosikan watak anak dara pemalas.

Iklan yang turut dimuat naik di laman YouTube pada 19 Januari itu menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen dan sehingga kini mendapat lebih sejuta tontonan di laman sosial.

Menerusi rakaman, pasangan beradik itu pada mulanya mempersoalkan tentang siapakah di antara mereka lebih disayangi oleh ibu ketika berada di ruang tamu.

“Rasanya, mak sayang Dini lebih daripada Dina,” soal Dina sebelum dibalas “ishh, mana ada… mak sayang sama jer,” balas Dini kepada kembarnya itu.

Drama ‘siapa sayang siapa’ kemudian diteruskan apabila si ibu ingin memasak maggi kari, iaitu masakan kegemaran Dini yang mana membuatkan Dina merasa sedikit kecewa kerana dia lebih menggemari maggi goreng.

Bagaimanapun, si ibu bertindak bijak dengan menyediakan kedua-dua menu kegemaran anaknya itu sambil memberitahu “dua-dua mak sayang” di penghujung rakaman.

Iklan strategi pemasaran itu ternyata menambat hati penonton namun apa yang membuatkan netizen merasa lucu dan meluat pada masa yang sama adalah disebabkan faktor ‘malas melampau’ kedua beradik itu.

Walaupun ia sekadar lakonan, rata-rata netizen mengatakan kedua beradik itu sepatutnya membantu ibunya memasak, bukannya mempersoalkan nilai kasih sayang ibu kepada mereka.

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan ibu mereka yang pemalas sebab sekadar menghidangkan maggi kepada anak-anaknya.

Apa pun, rasanya para netizen bukan terlalu serius, sebaliknya kreatif dengan gurauan apabila menonton iklan berkenaan.

Apa pula pandangan anda?  -MYNEWSHUB.CC

Tags: Anak DaraiklanlucuMaggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

01/01/2026
0

KLUANG: Seorang lelaki berstatus duda ditahan berkhalwat bersama seorang wanita dalam khemah yang dipasang di ruang tamu sebuah rumah pusaka...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd