• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas PA Dedah Sikap Buruk Siti Elizad?

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH di sebuah portal hiburan tempatan berkaitan twit daripada bekas pembantu peribadi (PA) kepada pelakon dan penyanyi Siti Elizad.

Twit tersebut dikongsi oleh satu sumber yang juga kenalan kepada bekas PA itu yang tidak didedahkan namanya gara-gara kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh selebriti itu.

“Cerita dia macam ni Miss K. Aku dapat cerita ni pun menerusi kawan aku yang merupakan peminat Elizad.

“Sekitar bulan Disember lepas, ada kenyataan yang dibuat oleh Elizad yang melibatkan PA di sebuah akhbar. Kata Elizad, dia mahu mencari PA yang tidak panas baran.

“Membaca kenyataan yang dibuat oleh Elizad, si bekas PA ni pun mengamuklah. Habis terkeluar luahan hati kat laman Twitter. Ha, yang aku bagi ni screenshot amukan bekas PA Elizad,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.

Bekas PA Dedah Sikap Buruk Siti Elizad?

Tahun lalu, menerusi sebuah akhbar tempatan, Elizad dan beberapa artis tempatan ditemubual berkaitan peranan pembantu peribadi dalam menentukan jatuh bangun seorang artis.

Menerusi kenyataan itu, Elizad tidak menafikan peranan penting yang dimainkan PA untuk membantu artis.

Malah dia juga menyenaraikan kriteria PA yang layak bekerja dengannya.

“Saya juga pernah tiga kali bertukar pengurus artis dan PA sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan.

“Kriteria yang dicari untuk pengurus artis dan PA ialah seorang yang tidak berkira dalam membuat kerja serta sentiasa bekerja keras dan bertanggung jawab dalam membantu menaikkan karier seni.

“Apa yang penting, saya mencari pengurus artis dan PA yang hormat pada saya dan tidak panas baran. Saya juga hanya mengehadkan tempoh dua tahun untuk menggunakan khidmat mereka,” jelasnya.

Apa pun yang terjadi diantara Elizad dan bekas PA-nya itu, diharapkan segalanya dapat diselesaikan secara aman. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Tags: pembantu peribadiSiti Elizad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagilah Harta Atau Kemewahan… Mahu Zuriat

28/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Siti Elizad memberitahu dia juga seperti wanita lain yang tidak mengharapkan harta benda atau kemewahan namun...

Pembantu Operasi Rugi RM49,000 Bahana Macau Scam

12/09/2018
0

KUANTAN – Seorang pembantu operasi syarikat milik kerajaan negeri kerugian RM49,000 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam pada hujung bulan lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd