Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Kemalangan Maut: JKKP Keluarkan...

KUCHING – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis larangan ke...

Pelitup Muka Di Masjid,...

KUALA SELANGOR – Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau di Selangor...

“Aku Lihat Seluruh Wanita...

SEORANG pengguna laman mikro Twitter @watlek0 memuat naik satu perkongsian yang dipetik daripada...

Mengundi Pada Hari Bekerja,...

MUNGKIN bagi generasi hari ini, tidak ramai tahu bahawa ada beberapa kali Pilihan...

Bekas PA Dedah Sikap Buruk Siti Elizad?

KECOH di sebuah portal hiburan tempatan berkaitan twit daripada bekas pembantu peribadi (PA) kepada pelakon dan penyanyi Siti Elizad.

Twit tersebut dikongsi oleh satu sumber yang juga kenalan kepada bekas PA itu yang tidak didedahkan namanya gara-gara kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh selebriti itu.

“Cerita dia macam ni Miss K. Aku dapat cerita ni pun menerusi kawan aku yang merupakan peminat Elizad.

“Sekitar bulan Disember lepas, ada kenyataan yang dibuat oleh Elizad yang melibatkan PA di sebuah akhbar. Kata Elizad, dia mahu mencari PA yang tidak panas baran.

“Membaca kenyataan yang dibuat oleh Elizad, si bekas PA ni pun mengamuklah. Habis terkeluar luahan hati kat laman Twitter. Ha, yang aku bagi ni screenshot amukan bekas PA Elizad,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.

Bekas PA Dedah Sikap Buruk Siti Elizad?

Tahun lalu, menerusi sebuah akhbar tempatan, Elizad dan beberapa artis tempatan ditemubual berkaitan peranan pembantu peribadi dalam menentukan jatuh bangun seorang artis.

Menerusi kenyataan itu, Elizad tidak menafikan peranan penting yang dimainkan PA untuk membantu artis.


Malah dia juga menyenaraikan kriteria PA yang layak bekerja dengannya.

“Saya juga pernah tiga kali bertukar pengurus artis dan PA sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan.

“Kriteria yang dicari untuk pengurus artis dan PA ialah seorang yang tidak berkira dalam membuat kerja serta sentiasa bekerja keras dan bertanggung jawab dalam membantu menaikkan karier seni.

“Apa yang penting, saya mencari pengurus artis dan PA yang hormat pada saya dan tidak panas baran. Saya juga hanya mengehadkan tempoh dua tahun untuk menggunakan khidmat mereka,” jelasnya.

Apa pun yang terjadi diantara Elizad dan bekas PA-nya itu, diharapkan segalanya dapat diselesaikan secara aman. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Kategori