• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Diperintah Bayar RM70,000 Kepada FELDA

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika taksiran ganti rugi dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili plaintif manakala peguam Francis Pereira mewakili Dr. Wan Azizah, Senator Dr. Syed Husin Ali dan penulis artikel tersebut Rusnizam Mahat selaku defendan.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR ‘Suara Keadilan’.

Nor Emelia ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan kesemua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua defendan membayar faedah 8 peratus dari tarikh penghakiman pada 17 Oktober 2014 hingga penyelesaikan kes itu hari ini.

Pada 16 Ogos 2010, FELDA dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah FELDA dalam Suara Keadilan.

FELDA mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘FELDA Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor ‘Suara Keadilan’, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu.

Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh ‘Suara Keadilan’ dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka. – BERNAMA

Tags: FeldaPKRsuara keadilanWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd