• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kek Lapis Deja Moss Kurang Dapat Sambutan

oleh AK-47
29/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR:  Penyanyi Deja Moss mengakui jualan kek lapis Sarawak yang diusahakannya kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelumnya ketika membuka booth jualan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Menurut Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, jualan kek lapisnya agak kurang memuaskan namun dia berharap keesokan hari jualannya akan terus meningkat memandangkan esok merupakan hari terakhir PAU.

Kek_3

“Kalau diikutkan tahun ini jualan agak kurang memberansangkan  tapi saya yakin esok mungkin lebih ramai lagi pengunjung akan datang untuk memeriahkan karnival jualan tahun ini,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui di booth jualannya, hari ini.

Deja yang sudah lima kali menyertai karnival jualan ini sejak 2010 turut mempamerkan keunikan menerusi produk yang dijualnya dengan membuat kek lapis khas sempena PAU.

Kek lapis khas Deja yang dibuat khas mewakili sayap-sayap parti UMNO antaranya Wanita, Pemuda, Puteri dan Perhimpunan UMNO.

Kek_1

Antara perisa kek lapis yang mendapat perhatian pengunjung adalah kek lapis cheese, strawberry coklat dan asam manis.

“Saya jual pelbagai jenis kek lapis dengan harga RM50 bagi tiga kek, khas untuk perhimpunan UMNO kali ini.

“Saban tahun, saya pasti berjumpa pelanggan yang sama, kira regular customer yang memang akan beli kek lapis saya setiap kali perhimpunan diadakan saban tahun,” katanya.

Kek_4

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan seni, Deja mengatakan dia kini lebih memberikan fokus kepada restoran miliknya yang terletak di Ukay Perdana.

“Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang seni, tapi ada sahaja undangan nyanyian daripada majlis-majlis ‘dinner show’.

“Saya kini lebih memberikan tumpuan kepada mengusahakan Cafe Hadeeja yang ditubuhkan sejak 2009,” kata Deja.

Selain mendapatkan kek lapis resipi istimewa Deja di PWTC, pengunjung boleh juga mengunjungi Cafe Hadeeja di Ukay Perdana untuk mencuba pelbagai sajian asli negeri Sarawak antaranya mee kolok, nasi daging hitam dan laksa Sarawak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Tags: penyanyiselebritiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd