• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Mula Kenal Pasti Calon PRU14 – Zambry

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak sudah mula mengenal pasti nama yang berpotensi dijadikan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata pemilihan calon itu dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu tahap prestasi dan potensi calon-calon baharu.

“Kita sedang dan akan terus membuat penilaian prestasi wakil-wakil rakyat yang ada, sama ada mereka akan dikekalkan atau sebaliknya serta mengenal pasti calon-calon yang berpotensi termasuklah daripada parti-parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.

“Sepertimana kita buat pada penggal lalu kita akan membuat proses penyegaran parti selain mereka yang mempunyai kelayakan yang sebaik-baiknya tanpa melupakan calon akar umbi yang disukai rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Selamat Pagi Perak Bersama Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Auditorium Kompleks Bersepadu, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Perak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata setakat ini nama-nama calon sudah diberikan oleh parti komponen melalui perbincangan tidak langsung namun ia belum dimuktamadkan.

“Kita sedang membuat pemantauan dan setiap perkara kita akan bicang bersama untuk kepentingan parti,” katanya.

Mengulas mengenai tumpuan yang akan diberikan pada PRU14, Zambry berkata BN Perak akan memberi tumpuan di kesemua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

“Bagaimanapun kita perlu praktikal terhadap kawasan yang perlu kita menang, selain 31 kerusi (dimenangi dalam PRU13) kita perlu pertahankan mana-mana kawasan yang kita kalah tipis atau menang tipis,” katanya.

Mengenai tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Anggota Parlimen DAP Melaka bertindak keluar daripada parti, Zambry berkata ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya konflik dalaman yang berlaku dalam parti itu bukan hanya berlaku di Melaka sahaja malah di negeri-negeri lain.

“Ia bagaikan letusan gunung berapi dalam konteks negeri Melaka oleh kerana sejumlah empat orang keluar parti serentak dan ini adalah jumlah yang besar.

Ini juga menggambarkan krisis dalaman yang serius yang turut dirasai di negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNPRU14Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd