• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Dipenjara, Didenda Kerana Rasuah

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah cuba memperoleh suapan RM6,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan tertuduh, Lans Koperal Joe Stephen, 31, dan Konstabel Mohd Farid Che Aziz, 33, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Asmadi turut memerintahkan kedua-dua anggota polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dipenjara enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Mereka didakwa bersama-sama cuba memperoleh suapan wang tunai RM6,000 daripada Lee Yong Hock sebagai dorongan untuk melepaskan Lee daripada diambil tindakan bagi kesalahan dikehendaki polis dan memiliki kereta seludup, Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Balai Polis Pandamaran, Klang dekat sini, kira-kira 4.30 pagi pada 3 April 2012.

Joe dan Mohd Farid didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: anggota polisKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd