• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

162 Pengundi Awal PRK Tanjong Datu Mengundi Hari Ini

oleh
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Seramai 162 daripada 188 pemilih awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu mengundi di dua pusat pengundian awal sekitar sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan peratusan jumlah yang keluar mengundi setiap sejam sejak kedua-dua pusat pengundian itu dibuka 8 pagi tadi dalam satu khidmat pesanan ringkas, memaklumkan sehingga 5 petang, sebaik sahaja pusat pengundian awal itu ditutup, 86.2 peratus didapati keluar mengundi.

Dua pusat pengundian awal yang dibuka hari ini ialah di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu khusus buat pemilih dalam kalangan anggota polis, dan Dewan ULS Sampadi untuk anggota tentera.

Walaupun pada sebelah pagi hujan dan renyai pada petang ini, tinjauan mendapati proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, yang juga Ketua Menteri Sarawak ke-lima Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lepas di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Tarikh pengundian yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Sarawak (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru ditetapkan pada 18 Februari ini. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya KecilPRK Tanjong DatuSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd