• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Hidap Virus Misteri Sah Kena Kencing Tikus

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga individu di Kelantan disahkan mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis), setakat semalam, yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir di Tanah Merah, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata sebelum itu, ketiga-tiga mereka bersama tiga lagi yang lain dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah (HTM) selepas dipercayai menghidap ‘virus misteri’ selepas berkunjung ke majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor.

Beliau berkata tiga individu lain itu, bagaimanapun, masih dirawat di HTM sementara menunggu keputusan pemeriksaan yang dilakukan terhadap mereka.

“Di mana mereka mendapat leptospirosis ini, kita belum dapat pastikan. Tetapi, kalau dilihat kepada masa tanda-tanda awal, ada kemungkinan ia bermula di kampung halaman mereka di Tanah Merah sebelum mereka ke Kajang.

“Namun, seperti yang dimaklumkan, pihak Jabatan Kesihatan negeri (Kelantan dan Selangor) sedang menyiasat perkara ini bagi menentukan punca sebenar.

“Pada masa sama, kita juga membuat pemeriksaan terhadap individu-individu lain yang turut mengalami tanda-tanda berkenaan bagi memastikan mereka dijangkiti penyakit sama atau sebaliknya,” kata beliau.

Dr. Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal Muafakat Johor 2017 di Hutan Bandar Mutiara Rini, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan 40 individu dikuarantin di HTM kerana disyaki diserang virus misteri selepas berkunjung ke Kajang.

Serangan itu turut menyebabkan seorang daripada mereka yang berusia 59 tahun meninggal dunia, namun, setakat ini punca kematiannya masih disiasat disebabkan dia mempunyai sejarah penyakit lain.

“Sejak berlaku banjir, memang terdapat peningkatan dalam kes kencing tikus dan kebetulan mangsa-mangsa ini tinggal di Tanah Merah yang dilanda banjir.

“Mungkin ia berkaitan, tetapi kita masih perlukan pengesahan dan pemeriksaan daripada Jabatan Kesihatan yang mengambil masa seminggu hingga dua minggu.

“Pemeriksaan yang telah dilakukan merangkumi ujian air kencing, ujian darah dan mengambil sampel di tempat yang disyaki,” katanya.

Menurut Dr. Subramaniam, banjir kebiasaannya akan mengakibatkan wujudnya beberapa penyakit dengan satu daripadanya kencing tikus yang terhasil akibat persekitaran kotor.

Beliau berkata banjir juga boleh mengakibatkan melioidosis iaitu sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria pada tanah yang dibawa oleh banjir dan apabila kering, akan menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Dalam perkembangan lain, Dr. Subramaniam menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu risau terhadap kes virus Influenza A (H1N1) yang dilaporkan menyerang dua murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka Tengah, Melaka, semalam.

“Pada keseluruhannya, kita (kementerian) mempunyai keupayaan untuk mengesan penyakit dan memberi rawatan sewajarnya. Apa yang lebih penting, kita kena mengamalkan ciri-ciri kebersihan seperti mencuci tangan, mengambil makanan yang bersih dan sebagainya,” kata beliau.

Berkenaan hasil siasatan suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuh bagi mengesan punca kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, yang meragut enam pesakit, Oktober lepas, Dr. Subramaniam berkata ia masih belum lengkap dan dijangka mengambil masa sebulan lagi untuk disiapkan.

“Tetapi, kita sudah menerima laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang daripada laporan itu, kebakaran dinyatakan bermula daripada kapasitor di dalam lampu dalam wad.

“Selepas kapasitor itu mencapai suhu yang terlampau tinggi, ia terbakar lalu terkena bahan-bahan yang mudah terbakar dan merebak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamKencing tikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd