• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islam Dalam Bahaya Jika DAP Memerintah – PAS

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semoga Allah S.W.T jauhkan DAP daripada menjadi pemerintah negara sebagaimana yang diimpikan oleh Pakatan Harapan.

Demikian doa yang disebut oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri dalam satu kenyataan mengenai DAP semalam.

Kata beliau, sekiranya dengan hanya memerintah Pulau Pinang, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah Malaysia.

“Malang sekali sebahagian orang Islam masih terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam,” katanya dipercayai merujuk kepada penyokong totok Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mohd. Khairuddin berkata, surat rasmi yang dikeluarkan Exco kerajaan Pulau Pinang kepada Mufti Pulau Pinang jelas menunjukkan campur tangan DAP ke atas fatwa yang melibatkan Kalimah Allah.

Kata beliau, kenyataan bekas Mufti Pulau PInang dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa pada 8 Februari 2017 yang menyebut ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tidak dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong kerana campur tangan politik di negeri itu adalah sesuatu yang berat dan serius.

“Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan,” katanya.

Justeru, katanya, PAS mendesak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guang Eng tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa negeri dan lain-lain.

Tegas beliau, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Guan Eng.

“Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak dalih bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Guang Eng,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd