• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Timbus Kolam Bauksit ‘Maut’

oleh Ahmad Albab
11/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik tanah persendirian di Pahang digesa membenarkan pihak berkuasa menimbus kolam bekas lombong bauksit di kawasan tanah mereka bagi mengelak tragedi lemas.

Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air, Tan Sri Lee Lam Thye berkata bekas lombong yang dipenuhi air boleh menjadi perangkap maut jika tindakan segera tidak diambil.

“Oleh kerana kebanyakan kolam tersebut terletak atas tanah persendirian, saya berharap mereka akan membenarkan pihak berkuasa menimbus semula perangkap maut berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata kementerian itu akan mewajibkan pengusaha bauksit menimbus, memagar dan memasang papan tanda amaran di kawasan kolam bekas lombong bauksit.

Lee berkata masih banyak kolam lombong bauksit terbiar belum ditimbus walaupun tragedi tiga kanak-kanak mati lemas dalam lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang, Kuantan hampir seminggu berlaku.

“Pihak media melaporkan hanya kolam yang meragut nyawa tiga kanak-kanak di Taman sungai karang ditimbus hasil inisiatif penduduk sedangkan kolam lain masih terbiar,” katanya.

Lee berkata pengusaha yang mahu meneruskan aktiviti perlombongan selepas tamat tempoh moratorium perlu mengambil langkah pencegahan antaranya memasang pagar dan papan tanda amaran di sekeliling kawasan kolam.

“Saya juga merayu supaya ibu-bapa dan masyarakat setempat supaya bersama-sama menjalankan peranan mereka untuk mengelak kejadian seperti ini daripada berlaku dengan memantau anak-anak mereka sepanjang waktu,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksitPBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd