• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Maut Ditikam Di Tawau

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan dalam satu kejadian di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa, seorang warga tempatan berusia 49 tahun, sedang makan di sebuah gerai apabila ternampak pergaduhan antara dua lelaki.

“Mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan, namun seorang daripada lelaki tersebut bertindak agresif dan menikam mangsa menggunakan sebilah badik sebelum melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam.

Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja ladang berusia 30 tahun dan usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, katanya.

Sementara itu di LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan roda dalam nahas di Km 100 Jalan Bandar Sahabat dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata Ghafar Anto, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu memasuki laluan bertentangan namun kembali ke lorong asal ketika cuba mengelak motosikal mangsa di laluan bertentangan.

Bagaimanapun, mangsa yang cuba mengelak kenderaan itu turut masuk ke lorong berkenaan menyebabkan berlaku pelanggaran, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

Tags: pengawal keselamatantikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd