• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kanan Letak Jawatan: Itu Cerita Nakal – Mustapa

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya terdapat menteri kanan yang meletak jawatan.

Beliau berkata berita nakal itu dilakukan oleh orang nakal yang sengaja menimbulkan cerita bukan-bukan apabila dekatnya sesuatu pilihan raya.

“Kita jangka lagi dekat dengan pilihan raya, lagi banyaklah (cerita nakal), akan bertambah orang nakal seperti ini. Kita harap rakyat Malaysia tidak terpesong dengan berita sebegini yang disebarkan melalui media sosial,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan petugas banjir negeri Kelantan di sini malam Jumaat.

Mustapa ditanya mengenai persoalan yang ditimbulkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui Twitternya kononnya seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Beliau berkata semua menteri akan terus menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat sebagaimana yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang penting kita nak sampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat, kita nak berdamping dengan rakyat untuk selesaikan isu-isu akar umbi dan hal yang menjadi rungutan rakyat,” katanya.

Beliau berkata berita nakal seumpama itu tidak akan memudaratkan semangat kerajaan untuk terus berjuang untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berpuas hati dengan tugas menyelamat dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu yang dilakukan pelbagai pihak termasuk oleh jabatan dan agensi kerajaan. – BERNAMA

Tags: Azmin AliMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd