• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: 7 Terkorban Di Bali Indonesia

oleh Ahmad Albab
10/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bencana tanah runtuh di Bali, Indonesia pada Khamis mengorbankan tujuh orang dan empat lagi cedera, kata seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara pada Jumaat.

Agensi berita China Xinhua melaporkan hujan lebat yang melanda perkampungan Songan di daerah Bangli menyebabkan kejadian tanah runtuh dan meranapkan lima buah rumah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan pada Khamis.

Kesemua mayat mangsa berjaya ditemukan dan mereka yang cedera dihantar ke hospital berdekatan, kata jurucakap agensi itu Sutopo Purwo Nugroho kepada Xinhua.

Sutopo turut memberi amaran kepada penduduk di daerah Jembrana, Buleleng, Badung, Tabanan dan Gianyar kemungkinan kejadian tanah runtuh, banjir dan puting beliung mungkin berlaku lagi ekoran hujan lebat diramalkan pada Sabtu. – BERNAMA

Tags: Balitanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd