• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Siling Harga Minyak – Johari

oleh
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penetapan siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk menangani isu harga minyak meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata di beberapa negara maju, kerajaan akan membiarkan harga minyak terapung, dan penggiat industri minyak dan gas akan menentukannya.

“Ia terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan siling yang dianggap adil untuk semua.

“Apabila kami (kerajaan) telah membuat keputusan mengenai harga siling, sama ada mereka (penggiat industri minyak dan gas) mahu menjual minyak pada harga rendah bagi tujuan promosi, kami menyerahkannya kepada mereka. Ini antara pilihan yang kami sedang teliti,” katanya.

Johari berkata demikian kepada pemberita di luar Sambutan Tahun Baru Cina 2017 anjuran Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan juga perlu berhati-hati sama ada dasar itu menjadi masalah kepada mereka yang tinggal di luar bandar.

“Kami bimbang penggiat industri akan lebih memberi tumpuan untuk mendapatkan hasil daripada pengguna di bandar, dan tidak mahu melakukan perkara yang sama kepada mereka yang di luar bandar. Kami perlu berhati-hati mengenai ini juga,” katanya.

Mengenai pengenalan semula subsidi bahan api, Johari berkata, ia tidak baik kepada ekonomi Malaysia dan tidak mampan.

“Kami sedar mengenai harga minyak. Kami akan memantaunya. Jika ia terus meningkat dan jika ada pendapatan tambahan, saya rasa kerajaan boleh mempertimbangkan bentuk bantuan kepada kumpulan berpendapatan rendah, tetapi bukan golongan berada,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengeluarkan satu mekanisme.

“Bagaimanapun, buat masa ini tiada formula lagi, tetapi kerajaan telah memutuskan bahawa ia tidak boleh mengembalikan dasar ini (subsidi),” katanya.

Johari berkata kerajaan mengambil kira kos sara hidup dan mengenal pasti tekanan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, kumpulan B40 terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

Beliau berkata jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mencukupi, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkannya bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak.

“Bagaimanapun, jika harga minyak merosot pada masa akan datang, kerajaan perlu mengambil semula BR1M. Ini adalah pembolehubah dan formula yang kerajaan perlu ambil,” katanya.

Katanya dari segi harga minyak, negara lain berkongsi nasib yang sama.

“Kami tidak dapat mengawal harga, dan apabila harga meningkat, harga minyak Malaysia alami kenaikan yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: harga minyakPenetapan Siling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd