• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Direman 7 Hari Dalam Kes Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pengarah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan penyalahgunaan kuasa berkaitan pemberian projek agensi itu, tahun lepas.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yusna Khadijah Md Yusop membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pengarah berusia 54 tahun itu sehingga Rabu ini.

Lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari itu tiba di kompleks mahkamah di sini pada kira-kira 10 pagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan antara barang yang disita setakat ini dalam siasatan kes itu ialah kenderaan jenis Toyota Alphard dan beberapa akaun dengan jumlah wang kira-kira RM786,000.

Menurut sumber SPRM semalam, lelaki itu ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, Selangor pada kira-kira 12 tengah hari.

Turut ditahan adalah isterinya berumur 36 tahun yang juga pembantu tadbir di agensi kerajaan berkenaan.

Pengarah itu ditahan kerana dipercayai telah menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada kontraktor-kontraktor berkepentingan.

Siasatan awal SPRM mendapati dia disyaki menerima sejumlah wang daripada kontraktor supaya syarikat mereka dipilih semula untuk melaksanakan projek-projek pada masa akan datang.

Selain itu, SPRM menahan dua pemilik syarikat yang dipercayai telah menerima kontrak daripada pengarah tersebut, masing-masing di Alor Setar dan Shah Alam, antara 8.10 pagi dan 3.30 petang semalam.

Menurut sumber SPRM hari ini, pemilik syarikat yang ditahan di Shah Alam direman reman tujuh hari bermula semalam manakala pemilik syarikat yang ditahan di Alor Setar direman untuk tempoh sama hari ini.

Isteri pengarah itu dibebaskan setelah keterangannya direkodkan. – BERNAMA

Tags: PengarahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd