• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NYPD Hina, Buli Anggota Polis Bertudung

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang anggota polis wanita Islam memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama, dibuli dan dihina oleh rakan sekerja.

Ini termasuk digelar ‘pelacur Muslim’ malah ada yang cuba merentap tudung dipakainya, menurut NBC News, yang memetik saman yang difailkan Danielle Alamrani, 38, pada 2 Februari lalu.

Mangsa yang menyertai Jabatan Polis New York (NYPD) pada 2006, dan memeluk Islam setahun kemudian, berkata sebaik dia mula memakai tudung, polis lain enggan bekerja dengannya.

Mahkamah diberitahu, pada 2010, seorang sarjan berkata dia berharap Alamrani ‘tidak meletup ketika meronda’ disambut dengan ketawa oleh anggota polis lain.

Pada Krismas 2012, dua anggota polis menyerang Alamrani di balai polis dan cuba merentap tudung dipakainya.

“Mereka menjerit ‘pelacur Muslim’ kepadanya dan ‘saya akan tumbuk muka awak’.  Dia juga digelar sebagai pengganas dan Taliban,” menurut laporan dipetik oleh AP.

Alamrani dalam samannya berkata, hampir setiap hari dia diejek bahawa dia tidak sepatutnya menjadi polis, tidak boleh pakai tudung, tiada siapa mahu bekerja dengannya, memalukan NYPD dan tiada siapa sukakannya.

Wanita itu juga mendakwa dihukum dengan ditugaskan pada syif yang tidak siapa mahu, dikurangkan kerja lebih masa, malah dia serta anak-anak pernah ditahan rakan sendiri selama beberapa jam akibat jiran buat aduan bising dari rumahnya.

NYPD yang mempunyai kira-kira 900 anggota uniform beragama Islam daripada 35,000 keseluruhan anggota, sebelum ini mengumumkan untuk mengambil ramai lagi rekrut beragama Islam.

Ia juga melonggarkan syarat membenarkan anggota polis menyimpan jambang kerana faktor agama dan Alamrani ialah seorang daripada dua anggota polis yang memakai tudung.

Dia memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Persamaan Hak Pekerja pada Disember 2015 dan diberi kebenaran untuk memfailkan saman itu tiga minggu lalu.

“Dia masih bekerja dan cuba melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis,” kata peguamnya Jesse Rose. – Agensi/myMetro Online

Tags: new yorkpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd