• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat 350 Orang

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang malam tadi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang.

“Kita dapati air Sungai Bidor di Kampung Degong melimpah dan mengakibatkan banjir di kawasan itu. Cuaca pagi ini tidak hujan dan paras air sungai mencecah 28.7 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Fazly berkata mangsa banjir di dewan itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada lelaki dewasa sebanyak empat orang manakala perempuan dewasa (10), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (dua).

Katanya mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong tidak dibenarkan pulang ekoran paras air sungai masih mencecah 3.54 meter.

“Kesemua mangsa melibatkan 97 keluarga terdiri daripada 66 lelaki dewasa, wanita dewasa (82), kanak-kanak lelaki (64), kanak-kanak perempuan (51), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (18) dan bayi perempuan (10),” katanya.

Penduduk yang terjejas dari empat kawasan penempatan di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.

Banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Dalam banjir pertama pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd