• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Kurangkan Trauma Kanak-Kanak Rohingya

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA – Pasukan perubatan bagi misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ berharap dapat memberi bimbingan kaunseling kepada kanak-kanak etnik Rohingya bagi mengurangkan sebarang tekanan dan trauma yang dihadapi mereka.

Ketua Perubatan misi itu, Datuk Dr Alwi Abd Rahman berkata sebahagian daripada 50 anggota pasukan perubatan dijangka terlibat dalam langkah memberi bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling berkenaan.

“Sudah tentu apa yang berlaku kepada mereka (kanak-kanak Rohingya) memberi kesan kepada masa depan mereka. Oleh itu selain bantuan perubatan lain, psikologi menjadi antara fokus utama kami,” katanya.

Dr Alwi seterusnya berkata sukarelawan diingatkan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kelak bagi mengelak risiko seperti dijangkiti penyakit.

Misi yang masuk hari keenam ini membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

Ia anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Ia disertai kira-kira 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd