• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Busker Demi Solidariti Rohingya

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYED Amran Al Yahya bukan nama asing bagi peminat muzik jalanan. Hampir dua dekad mengadakan persembahan jalanan di Jalan Petaling , Pasar Seni, Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman – imej penyanyi ini familiar dalam kalangan peminat seni jalanan.

Sejak dua tahun lalu, Syed Amran aktif mengadakan siri persembahan jalanan dengan pelbagai tema kemanusiaan. antaranya Busking4Cancer tahun lalu.

Kini dengan fokus lebih besar, Syed Amran memulakan langkah mengadakan persembahan jalanan bertemakan Busking4Rohingya.

Suara Busker Demi Solidariti Rohingya

Tema ini bakal berarak ke bandar-bandar utama seluruh negara. Bermula di Sogo Kuala Lumpur, Sabtu lepas – selain persembahan lagu-lagu bertema kemanusiaan, Busking4Rohingya turut mengutip dana untuk disumbangkan kepada badan berkaitan aktiviti kemanusiaan.

“Saya mulakan di Dataran Sogo dan kutipan ini untuk dana Rohingya. Saya akan mengelilingi semua bandar besar untuk kempen ini,” kata Syed Amran.

Kehadiran 200 penonton di depan Sogo sejak jam 4 petang ternyata membanggakan.

“Suara solidariti Rohingya harus dikembangkan ke merata tempat. Kita kena hidupkan. Dari akhbar ke televisyen dan radio, kita semua ada peranan untuk terus meniupkan kesedaran awam,” katanya.

Suara Busker Demi Solidariti Rohingya

Syed Amran adalah komposer dan penyanyi Selamat Malam Rohingya – lagu yang sering berputar di radio dan dijadikan lagu tema kempen untuk projek amal tersebut.

Selain itu, Syed Amran dikenali sebagai komposer lagu Biasan nyanyian To’ki.

Syed Amran dijangka mengunjungi Johor Bahru, Seremban dan Melaka dalam siri pertama Busking4Rohingya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BuskerRohingyaSyed Amran Al Yahya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd