• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Tangkap Gamat

oleh
08/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot dikendalikan seorang tekong dan tiga awak-awak nelayan Vietnam kerana menangkap gamat di perairan negara secara haram, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim, Datuk Mamu Said Alee berkata bot dan kesemua nelayan berkenaan yang berumur antara 25 hingga 44 tahun ditahan ketika sedang menangkap gamat kira-kira 38.2 batu nautika dari pantai Tok Bali pada pukul 1.40 tengah hari.

“Setelah diperiksa oleh lima anggota APMM mendapati nelayan asing terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mamu berkata nelayan terbabit juga didapati menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan yang diklonkan bagi mengabui pihak berkuasa untuk melakukan aktiviti itu.

“Maritim Malaysia Wilayah Timur amat mengambil berat terhadap sebarang pencerobohan dari pihak luar khususnya nelayan asing yang sering mengaut kekayaan hasil laut negara,” katanya.

Beliau berkata bot serta nelayan berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel APMM di Tok Bali untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985. – BERNAMA

Tags: Bot NelayanGamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

Warga Asing Berusia 12 Tahun Antara 16 Ditahan Bekerja Di Bot Nelayan Tempatan

06/10/2023
0

LUMUT: Seramai 16 warga asing ditahan manakala 16 keroncong mata pukat tunda yang diharamkan penggunaannya bernilai RM48,000 dirampas dalam operasi...

Kru Bot Nelayan Hilang Di Laut

19/04/2022
0

KUCHING: Seorang kru bot nelayan hilang selepas terjatuh di laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau, pagi semalam. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Mangsa, Francis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd