• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Perogol Bersiri Kanada Kini Ada Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di tanah air hari ini.

Difahamkan, dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.

Sebaik tiba, Selva Kumar, 56, kemudian difahamkan dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk direkodkan keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, usaha lebih 20 pengamal media yang telah menunggu sejak pukul 7 pagi untuk merakamkan ketibaan Selva Kumar gagal apabila dia dipercayai mengelak daripada media.

Pihak media yang menunggu di balai ketibaan antarabangsa dimaklumkan oleh polis bantuan KLIA bahawa Selva Kumar keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada pukul 9.50 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan kepulangan Selva Kumar namun beliau enggan mengulas lanjut.

Selva Kumar, yang berasal dari Pulau Pinang, dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992 setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual. Tempoh tahanan penjaranya tamat pada 29 Januari lepas.

Laporan media asing memetik pihak berkuasa Penjara Kanada sebagai berkata terdapat risiko tinggi yang Selva Kumar akan mengulangi perbuatannya dan mungkin membunuh. – BERNAMA

Tags: Perogol BersiriS. Selva Kumar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

Perogol Bersiri Potong Organ Seks Mangsa Dengan Pisau

24/04/2018
0

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya lapan wanita dengan menggunakan pisau dan pemutar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd