• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecahkan Motosikal, Penganggur Didenda RM2,500

oleh AK-47
07/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gara-gara memecahkan beberapa buah motosikal di kawasan parkir sebuah pangsapuri, seorang penganggur didenda RM2,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman ke atas Jeswant Singh Pratab Singh, 41, setelah dia mengaku bersalah dengan sengaja melakukan khianat dengan memecahkan empat buah motosikal milik penduduk pangsapuri itu menggunakan pemutar skru.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir motosikal di bawah Blok A, Pangsapuri Aman, Bukit Puchong, di sini, pada 3.30 pagi, 24 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan kesalahan itu selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – BERNAMA

Tags: dendamotosikalPecahkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd