• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam! Kucing Putih Terseksa Dibalut Pita Pelekat

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RABU lalu (1 Februari), kumpulan peminat kucing bernama Yishun 326 Tabby Cat telah menyelamatkan seekor kucing putih yang dibalut dengan pita pelekat di seluruh tubuhnya.

Kucing tersebut (yang diberi nama watak dalam siri fantasi, Game Of Thrones, Jon Snow) telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan di Ubi, Singapura dalam keadaan berbalut sebegitu.

Malah, gambar-gambar Jon Snow tular di Facebook setelah kumpulan pencinta kucing itu kongsikan andaian bahawa mungkin kucing itu telah menjadi mangsa tidak sengaja perangkap pelekat yang biasanya digunakan untuk memerangkap haiwan kecil seperti tikus.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat mungkin Jon Snow telah menjadi mangsa penyeksaan haiwan yang semakin berleluasa di Singapura kini.

Kejam! Kucing Putih Terseksa Dibalut Pita Pelekat

Pada hari berikutnya, kucing malang itu telah dibawa ke hospital Veterinari Mount Pleasant untuk membuka pita pelekat tersebut.

Namun ia bukanlah satu kerja mudah kerana haiwan tersebut berasa sakit setiap kali disentuh doktor haiwan. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk memberi Jon Snow ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan semasa prosedur pembukaan pita pelekat itu dilakukan.

Kumpulan pakar veterinar itu yakin kucing tersebut sememangnya mangsa penyeksaan pesalah laku yang tidak berperikemanusiaan.

Apa-apa pun, Jon Snow kini semakin sihat dan dalam keadaan selamat. Kasihan dia! – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

25/07/2026
0

SEREMBAN – Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun mengkritik kerajaan membazirkan wang rakyat melalui pelbagai projek dan aplikasi digital,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd