• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RON95 Dipurata Sebelum 1 Dis, Harga Dijangka Turun!

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95 sebelum pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal pada 1 Dis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yakin kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.

“Saya dimaklumkan harga pasaran dunia bagi RON95 dijangka akan turun dalam masa beberapa hari dan setakat hari ini (27 Nov) harganya adalah pada RM2.26 seliter iaitu lebih rendah daripada harga RM2.30 yang dijual pada masa sekarang.

“Harga itu dijangka akan menurun lagi dan kami berjanji akan memuratakan harga itu sebelum 1 Dis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis.

Menurut Hasan, subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia. – BERNAMA

Tags: RON95
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON97 meningkat kepada RM4.55 seliter berkuat kuasa 19 hingga...

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan harga petrol di Malaysia antara paling rendah di rantau ini apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd