• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Rancangan Untuk Bertunang” – Jep Sepahtu

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH di media sosial apabila berita mengenai pelawak, Jep Sepahtu dan pelakon, Sari Yanti bakal bertunang bulan ini.

Menerusi sebuah portal hiburan, pasangan yang semakin menunjukkan rasa cinta mereka itu dikatakan bakal melangkah ke fasa baharu dalam perhubungan iaitu mengikat tali pertunangan dalam bulan ini juga.

Namun, berita tersebut dinafikan Jep dengan menjelaskan mereka tiada rancangan untuk bertunang dan tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

“Bertunang? Tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya yang dipetik dari portal hiburan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM itu bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.

"Tiada Rancangan Untuk Bertunang" - Jep Sepahtu

Sebelum ini, Sari Yanti meluahkan perasaan cintanya ketika Jep Sepahtu live di Instagram dan sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat gelagat pasangan ini yang seolah-olah sedang dilamun cinta.

Jep juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti sekaligus memberikan harapan buat peminat agar pasangan ini akan bertemu jodoh satu hari nanti.

Bukan itu sahaja gelagat pasangan ini ketika rancangan Sepahtu Reunion Live juga seolah-olah membayangkan ada ‘sesuatu’ dalam hubungan mereka yang bukannya sekadar teman biasa.

Namun, tiada pengesahan daripada kedua-dua belah pihak yang masih berteka-teki mengenai status hubungan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bertunangjep sepahtuSari Yantitunang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

23/12/2024
0

MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd