• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Nautical Aliya Dijangka Tiba Di Perairan Thai Esok

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAT MELAKA – Kapal ‘Nautical Aliya’ yang digunakan untuk misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’ untuk etnik Rohingya di Myanmar dan Bangladesh dijangka tiba di sempadan perairan Thailand esok.

Kapten Kapal Mohd Firdaus Faisal Mohamad, 42, berkata kapal berkenaan kini berada di 60 batu nautika dari Pulau Langkawi dan jika cuaca baik, misi bantuan kemanusian itu dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 8 Feb.

“Kita harapkan semua urusan dipermudahkan sepertimana yang dirancang,” katanya kepada pemberita yang mengikuti misi itu, hari ini.

Beliau berkata kapal berkenaan kini bergerak pada kelajuan 9 knot iaitu 17 kilometer sejam bergantung kepada keadaan laut.

Sementara itu, ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sebanyak 300 tan beras serta 10,000 kotak “hygiene kit” mengandungi barangan keperluan kebersihan diri akan diserahkan di Pelabuhan Yangon.

“Kita juga akan serahkan 50,000 paket mi segera dan 12,000 botol air mineral. Kami tidak mahu buang masa kerana selepas itu baki bekalan akan dibawa ke Teknaf, Bangladesh,” katanya.

Kapal berkenaan yang memulakan pelayaran semalam (4 Feb) selepas mengalami masalah teknikal, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon serta kem pelarian di Bangladesh.

Pelepasan kapal bagi misi ‘Food Flotilla for Myanmar’, anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Ia disertai kira-kira 195 sukarelawan daripada 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara.

Misi itu antara lain membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut. – BERNAMA

Tags: 'Food Flotilla For Myanmar'
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

17/10/2025
0

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

24/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd