• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

oleh Mohd Arshad
17/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil
Share on FacebookShare on Twitter

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

HULU TERENGGANU, 17 Okt — Aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah, 32, dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengalami masalah kesihatan sejurus pulang daripada menyampaikan kuliah Maghrib di sebuah masjid di Binjai, Kemaman.

Abang sulungnya, Mohd. Faizul, 40, memaklumkan adiknya kurang sihat selepas program tersebut sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kesihatannya tidak begitu baik malam tadi sehingga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Namun selepas beberapa jam menerima rawatan, beliau memohon untuk pulang berehat di rumah.

“Sama-sama kita doakan agar dia segera sembuh,” katanya kepada media ketika dihubungi

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi ‘Ustaz Muhammad Bin Abdullah – UMA’, pentadbir halaman itu turut memaklumkan bahawa beliau sempat ditahan di wad selepas pulang daripada kuliah sebelum dibenarkan pulang semula ke rumah.

Ustaz Mad Kecik, yang merupakan anak keempat daripada enam beradik dan berasal dari Kampung Kuala Dura, Hulu Terengganu, sebelum ini menarik perhatian ramai apabila ditahan secara tidak sah oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

Namanya menjadi tular selepas video memaparkan beliau tenang menyediakan lempeng di atas kapal ketika menghadapi detik genting menjelang pencerobohan tentera Israel, bersama beberapa aktivis lain termasuk bekas wartawan Zainal Rashid Ahmad (ZRA), tersebar luas di media sosial.

Kini, para penyokong dan rakan seperjuangan mendoakan kesembuhan beliau agar dapat kembali meneruskan usaha kemanusiaan bersama pasukan Global Sumud Flotilla.

Editor: Mynewshub Digital

#mynewshub #UstazMadKecik #GlobalSumudFlotilla #DoakanKesembuhan

Tags: 'Food Flotilla For Myanmar'Mad KecikZRA
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

24/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara...

Nautical Aliya Tiba Di Pelabuhan Klang Khamis

22/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd