• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Pelajar Sekolah Terbabit Dadah

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Polis sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam kegiatan dadah agar perbuatan itu tidak terus menular, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata mengikut rekod memang ada pelajar yang cuba dipancing sindiket dadah tertentu agar menjadi pengedar dalam kalangan pelajar sekolah.

“Memang ada dalam rekod kita, tapi mereka bukan pengedar sebenar tetapi diberi upah oleh sindiket…jika diberi aiskrim pun mereka boleh lakukan (mengedar).

“Namun, setakat ini keadaan masih terkawal dan kita sedang giat mengawasi aktiviti secara dekat untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syeikh Ahmad di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut hadir Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dan Pengarah Pelajaran Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

Menurut Khalid, pelajar yang terbabit dengan masalah dadah sebenarnya terdiri daripada mereka yang terlibat lebih awal dengan kumpulan kongsi gelap dan gangsterisme.

“Tumpuan polis juga ke arah pelajar yang terbabit dengan daun ketum dan juga anasir militan Daesh yang sedang mempengaruhi fahaman songsang dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 113 kes dadah membabitkan pelajar direkodkan di Kedah sepanjang tahun lalu manakala bagi Januari tahun ini, ia mencatatkan lapan kes.

Terdahulu dalam ucapannya Khalid berkata, penglibatan polis dalam kawasan sekolah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik dalam kalangan pegawai dan anggota polis, diharap dapat membendung masalah salah laku pelajar dan perlakuan jenayah.

“Saya mahu PPS lebih aktif, kreatif dan inovatif dalam menangani masalah disiplin pelajar ke arah melahirkan warganegara yang berdisplin dan bersahsiah tinggi.

“Kita juga mahu penglibatan pelajar dalam Kor Kadet Polis tidak dilihat sebagai mengisi kokurikulum sekolah semata-mata, tetapi lebih penting menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah dan polis untuk melaporkan perlakuan jenayah dalam kalangan pelajar,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahkhalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd