• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 27 Pati Dalam Operasi Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di perkampungan atas air di sini kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata daripada jumlah itu 24 orang adalah warga Filipina dan tiga warga Indonesia berumur lingkungan empat hingga 50 tahun yang ditahan di Kampung Sabah Baru pada pukul 2.30 pagi.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki, lima wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mereka adalah antara 230 individu dari 122 rumah yang diperiksa di perkampungan air tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata, kesemua mereka telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

Menurutnya, seramai 88 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Imigresen, Majlis Daerah Lahad Datu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai operasi bersepadu yang berakhir pada pukul 7 pagi itu. – BERNAMA

Tags: Patipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd