• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hadiri Beberapa Acara Selepas Sampaikan Ucapan Dasar

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas selesai menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dan merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa lebih sejam menghadiri beberapa acara di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Acara pertama di luar perhimpunan yang dihadiri perdana menteri adalah pelancaran buku ’11 Pidato Terpilih Najib Razak’, yang mengandungi koleksi ucapan besar dan pidato penting beliau dari tahun 2004 hingga 2013.

Antaranya ucapan Najib selaku Timbalan Presiden Umno ketika perasmian serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 13 Nov 2006 dan 5 Nov 2007 masing-masing bertajuk ‘Memacu Minda Melayu’ dan ‘Mengangkasa Tamadun Bangsa’ serta ucapan dasar bersempena Perhimpunan Agung Umno ke-60 pada 15 Okt 2009 bertajuk ‘Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan’.

Diterbitkan Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi, buku setebal 313 muka surat itu dicetak sebanyak 10,000 naskhah untuk diedarkan secara percuma.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menghadiri pelancaran buku itu, yang mencoretkan perjalanan sejarah negara dan mengisahkan perjuangan, liku-liku cabaran dan transformasi yang ditempuh negara di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Najib kemudiannya melancarkan rancangan siaran baharu oleh konglomerat media, Media Prima Berhad iaitu ‘Dunia Minggu Ini’ dan ‘Potret Niaga’ berunsurkan informasi dan berita yang bermula pada Januari tahun depan.

Potret Niaga yang bersiaran pada 6 petang setiap Isnin memaparkan isu berkaitan industri kecil dan sederhana seperti trend perniagaan, produk, teknologi dan maklumat pasaran manakala Dunia Minggu Ini bersiaran 8 pagi setiap Ahad mengupas isu global daripada perspektif Malaysia.

Selepas itu, Najib mengadakan pertemuan tertutup bersama kira-kira 80 perwakilan Kelab Umno Luar Negara (KULN) yang turut dihadiri Pengerusi KULN Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam satu acara lain, perdana menteri melancarkan pameran ‘Air Mata Gaza’ yang memaparkan karya terpilih hasil lawatan Najib ke Gaza dan diadaptasi dalam bentuk kartun oleh kartunis dari seluruh Malaysia.

Pameran tiga hari bermula hari ini anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia menghimpunkan 50 kartunis dengan 200 karikatur, bertujuan memupuk kesedaran kepada generasi baharu supaya bersyukur dan berbudi kepada negara. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd