• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO & PAS Perlu Liputi Semua Peringkat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Kerjasama antara UMNO dan PAS dalam aspek perpaduan ummah perlu melibatkan penyertaan semua peringkat terutamanya dalam kalangan anggota masing-masing, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata perpaduan ummah pada peringkat akar umbi penting dalam usaha menyatukan dan mengukuhkan lagi perpaduan umat Islam di negara ini.

“Tak guna kita di peringkat tertinggi (bekerjasama) tapi kita lupa untuk ketepikan perbezaan di peringkat bawah, di peringkat kampung kita masih berseteru (antara satu sama lain),” kata Mustapa yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Khas Mahasiswa Kelantan Siri 5 di Pondok Moden di sini, hari ini.

Program itu yang disertai kira-kira 200 mahasiswa beberapa universiti awam turut dihadiri Presiden Himpunan Siswazah Kelantan Datuk Mohd Faizal Daud.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyempurnakan pelepasan kapal ‘Nautical Aliya’ yang membawa misi bantuan kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri berkata misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ itu melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil UMNO dan PAS dalam misi berkenaan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kehadiran pemimpin UMNO dan PAS pada pelepasan misi bantuan kemanusiaan semalam menunjukkan keikhlasan kedua-dua parti bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

“Kita rugi besar kalau kita bertelagah, berpecah, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh antara satu sama lain.

“Kita harap agar umat Islam perlu insaf dan sedar bahawa pentingnya perpaduan dan kita harap apa yang berlaku antara PAS dan UMNO (ketika ini) adalah demi Islam dan perpaduan (ummah),” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd